Sunday, August 7, 2011

Karburator Keihin PWK 28MM - D Slide & Power Jet

Assalamualaikum, post pertama ni aku nak cerita sikit pasal carb secondhand yang aku beli dari seorang sahabat dengan harga yang agak berpatutan, RM150 sahaja.













Menurut beliau, carb ni original dari motosikal Kawasaki KIPS ataupun KR150 (kalau tak silap la)buatan KEIHIN. Saiz 28MM yang biasa digandingkan dengan motosikal kapasiti +-150 cc 2 lejang. Banyak carb tiruan yang tiru carb PWK ni. Yang paling popular kat Malaysia ni carb UMA RACING. Tapi carb UMA ni best sikit sebab dah ada power jet. Nak tau apa power jet?

Power Jet ni satu mekanisma yang asalnya digunakan kat carb untuk motosikal 2 lejang. Benda ni banyak membantu dalam mid-range respon pendikit (throttle) dan automatik tambah minyak masa fullthrottle. Kesan orang kata macam v-tec gitu la, aku tak pasti sebab tak pernah pakai lagi. Kalau nak set carb yang ada Power Jet ni nak kena set fuel lean sikit sebab bila fullthrottle Power Jet akan tambah minyak masuk.

Nampak anak panah tu? Tu la hose minyak Power Jet. Bila fullthrottle minyak masuk ikut atas. Contoh pada carb UMA 28MM. (Tuan gambar, pinjam gambar)













OK.
PWK ni digelar D Slide sebab slide nya berbentuk semi-bujur (bentuk D). Keistimewaan carb ni, respon yang amat cepat pada suku pertama throttle. Memang sesuai kalau nak buat wheellie, janji setting cun. Carb ni salah satu carb yang popular selain Mikuni TS, UMA, Keihin PE dan lain-lain.

Setakat ni kemampuan carb ni belum pernah aku rasa sebab setting pada motosikal aku belum sempurna lagi. Main jet & Pilot jet besar sangat. InsyaAllah pada masa terdekat ni aku siapkan semua kerja setting & akan di update dalam post akan datang.

Wassalam.