Assalamualaikum, post pertama ni aku nak cerita sikit pasal carb secondhand yang aku beli dari seorang sahabat dengan harga yang agak berpatutan, RM150 sahaja.
Menurut beliau, carb ni original dari motosikal Kawasaki KIPS ataupun KR150 (kalau tak silap la)buatan KEIHIN. Saiz 28MM yang biasa digandingkan dengan motosikal kapasiti +-150 cc 2 lejang. Banyak carb tiruan yang tiru carb PWK ni. Yang paling popular kat Malaysia ni carb UMA RACING. Tapi carb UMA ni best sikit sebab dah ada power jet. Nak tau apa power jet?
Power Jet ni satu mekanisma yang asalnya digunakan kat carb untuk motosikal 2 lejang. Benda ni banyak membantu dalam mid-range respon pendikit (throttle) dan automatik tambah minyak masa fullthrottle. Kesan orang kata macam v-tec gitu la, aku tak pasti sebab tak pernah pakai lagi. Kalau nak set carb yang ada Power Jet ni nak kena set fuel lean sikit sebab bila fullthrottle Power Jet akan tambah minyak masuk.
Nampak anak panah tu? Tu la hose minyak Power Jet. Bila fullthrottle minyak masuk ikut atas. Contoh pada carb UMA 28MM. (Tuan gambar, pinjam gambar)
OK.
PWK ni digelar D Slide sebab slide nya berbentuk semi-bujur (bentuk D). Keistimewaan carb ni, respon yang amat cepat pada suku pertama throttle. Memang sesuai kalau nak buat wheellie, janji setting cun. Carb ni salah satu carb yang popular selain Mikuni TS, UMA, Keihin PE dan lain-lain.
Setakat ni kemampuan carb ni belum pernah aku rasa sebab setting pada motosikal aku belum sempurna lagi. Main jet & Pilot jet besar sangat. InsyaAllah pada masa terdekat ni aku siapkan semua kerja setting & akan di update dalam post akan datang.
Wassalam.
very useful for person that have motobike..haha
ReplyDeleteSalam, sye ada carb uma 28mm yg di psg kan pd klx 150. Problem nyer ialah timing x tetap tinggi rendah! Apa sbb yea?
ReplyDeleteMIYAK TK CUKUP
DeleteYa mmg begitu timing tinggi dlm free gear kan.....
ReplyDeleteSaya pernah set dtm 150 pakai kr punya karberetor.. Gear 3 134kmh.. Hahaha.. Tapi best karburetor ni senang set nak save minyak ker apa..
ReplyDeleteSeting carb je ke?ade seting lain x?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTiming x tentu tu ada dua sebab dia ikut motor aku ler.. Piping exhaust flow dgn air filter.. Kekadang slider dah x cantik pun bleh jadi juga..
ReplyDeleteBole ka klau sumbat masuk ss
ReplyDeleteBole ka klau sumbat masuk ss
ReplyDelete2t hose nak sumbat kat mana ye?? 30mm uma racing..
ReplyDeletekapereta victor ada x boss
ReplyDeletesalam bos.cab power jet nie sesuai tk pki kt vespa 150cc.berapakah saiz mj n pj yg sesuai?
ReplyDeleteSlam sapa ad nk jual carb power jet 28mm pm
ReplyDeleteKlau untuk Block 65 Pj dan mj brpa ye..carb 28 pwk
ReplyDeleteFirst Casino bonus up to €500 + 100 Free Spins
ReplyDeleteFirst Casino has been established with an 온카지노 aim to encourage you 카지노사이트 to use the 퍼스트카지노 latest online casino games by providing a generous welcome bonus to new